Borneo Online Trader
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Etika Ahli Sabah Sarawak Trader Forum

Go down

Etika Ahli Sabah Sarawak Trader Forum Empty Etika Ahli Sabah Sarawak Trader Forum

Post  Admin Fri Dec 12, 2008 8:04 pm

TATA ETIKA AHLI FORUM SABAH SARAWAK TRADER


PENDAFTARAN AHLI

* Sila klik DAFTAR untuk menjadi Ahli Forum SABAH SARAWAK TRADER
* Anda disyorkan daftar nama samaran dengan nama yang elok atau bahasa yang
berhemah.
* Sila masukkan informasi profail diri anda dan alamat email yang aktif.

STATUS AHLI

* Vozoon
Pengendali Sabah Sarawak Trader. Vozoon bertanggungjawab memantau, mengunci, memindahkan topik dan apa jua yang melibatkan paparan topik di Forum serta berhak mengambil tindakan kepada ahli yang melanggar Tatacara Penggunaan Forum.

* Ahli Junior
Ahli Junior mendaftar dan jumlah posting masih 0 – 99.
* Ahli Senior
Ahli yang jumlah posting mesej ketika berforum 100 - 999.
* Ahli Veteren
Ahli yang jumlah posting mesej ketika berforum 1000 - 1999.
* Ahli Emas
Ahli yang aktif berforum dengan jumlah posting mesej 2000 dan keatas.



ETIKA AHLI

* Ahli adalah dilarang mewujudkan isu provokasi.
* Ahli tidak boleh mewujudkan atau mengadakan aktiviti haram di dalam forum
Sabah Sarawak Trader. Jika pihak pengurusan atau Pengendali SSTrader mendapati
ada dikalangan ahli yang melakukan demikian, maka pihak kami berhak mengambil
tindakan senarai hitam ahli.
* Ahli adalah ditegah bersembang dengan penggunaan bahasa kesat, kasar, hinaan,
cercaan, ejekan atau apa jua perkataan yang sinonim dengan unsur-unsur negatif,
bertujuan untuk memalukan atau mengaibkan ahli lain atau mengeruhkan suasana
forum.
* Ahli adalah dilarang memaparkan foto-foto yang berunsur lucah (melainkan
pengecualian dari pihak pengurusan SSTrader) atau foto-foto yang bertujuan
propaganda kaum.
* Ahli adalah disyorkan baca dahulu sebelum posting topik baru. Elakkan buka topik
berulang kali atau yang sudah dibincangkan terdahulu.
* Ahli adalah disyorkan baca dan fahami dahulu setiap segmen untuk pastikan paparan
topik ditempat yang betul.
* Ahli adalah ditegah paparkan topik yang berunsur negatif, ejekan, unsur-unsur
pergaduhan atau berunsur hasutan.
* Ahli disyorkan bersembang secara berhemah. Elakkan berdiskusi untuk mewujudkan
suasana pergaduhan.
* Ahli adalah di syorkan buka tajuk topik yang pendek dan padat. Menepati dengan
intipati topik untuk diskusi. Elakkan buka tajuk topik berbeza dengan isi kandungan
diskusi.

Admin
Admin

Posts : 2
Join date : 2008-12-12

https://borneotrader.board-directory.net

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum